Bismillah...
Media komunikasi dunia didominasi oleh orang Barat. Mereka juga merupakan 'founder' seluruh media komunikasi yang beroperasi di seluruh dunia. Jadi, tidak hairanlah jika mereka boleh memasukkan bermacam-macam agenda 'missionary' melalui tv, internet, surat khabar, filem dan sebagainya.
Beberapa hari yang lepas aku mendengar ceramah tentang kesatuan umat Islam. Penceramah ada menekankan tentang perlunya kita mengenali musuh kita yang sebenar. Musuh umat Islam pada hari ini ialah orang bukan Islam yang berusaha sedaya mungkin untuk menghancurkan kesatuan umat Islam atas muka bumi ini. Mereka menyebarkannya bukanlah melalui mata kasar yang boleh kita nampak. Bahkan mereka menggunakan method yang sangat halus yang kadang2 kita tidak menyedarinya. Oleh itu, wahai umat Islam sekalian, berhati-hatilah dengan aliran pemikiran, pegangan dan pandangan yang kita lontarkan. Mudah-mudahan ianya tidak dipengaruhi oleh pemikiran2 yang terkeluar daripada 'aqidah Islam.
Oleh itu, saya menyeru kepada semua....mantapkan 'aqidah!! kerana satu 'aqidah kita bersatu.
WALLAHUA'LAM...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan