Khamis, 18 Mac 2010

Bismillah walhamdulillah...
Semalam SHAH's mosque UIAM telah mengadakan malam 'grand munajat' dan aku tidak terlepas untuk mengikutinya. Aku nekad. Aku ingin mentarbiyah diriku. Aku mesti kuat dari segi spiritual. Hubunganku dengan Allah aku mesti jaga. Agar sebarang dugaan atau cabaran yang aku hadapi nanti aku dapat mengharunginya dengan sabar dan ikhlas kerana Allah. Agar sepanjang aku dilanda ujian, berserahku hanya kepada Allah. Alhamdulillah...Allah memberi aku kesihatan yang baik, kesempatan dan peluang untuk aku qiamullail secara berjemaah. Aku sangat mengakui sekiranya aku berseorangan aku menjadi lemah, tak berdaya untuk melawan hawa nafsu yang menggila.
Subhanallah... Sesungguhnya Allah itu maha mengetahui. Dia mengurniakan kita akal dan nafsu. Terpulang kepada kita untuk mengikut pertimbangan akal yang waras atau menurut hawa nafsu yang merosak. Allah memberi kita pilihan. Sama ada ingin ke syurga mahu pun neraka.
WALLAHU TA'ALA A'LAM.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan