Bismillah wal hamdulillah...
Pada tahun ini hari Raya Aidiladha jatuh pada hari Jumaat. Subhanallah. sangat unik. Akan tetapi, yang menyedihkan berapa ramai yang meninggalkan solat Jumaat pada hari tersebut dek kerana keletihan.. Moga Allah mengampuni dosa hamba-hambaNya.
Semasa cuti pertengahan semester baru-baru ini, aku telah berkira-kira untuk menjemput rakan-rakan sekolah rendah dahulu ke rumahku. Akhirnya ianya direalisasikan dengan kehadiran Roziah, Nur Zalikha, Nur Idayu, Siti Suliana dan Nurul Afifah. Walaupun tak semua yang hadir, aku sangat seronok dapat berjumpa kawan-kawan lama yang masing-masing sudah mempunyai matlamat tersendiri dalam hidup.(may Allah bless all of you).
Sekarang tiba masa separuh masa kedua(macam bola sepak la pula) untuk menghabiskan semester akhir di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Moga sisa-sisa masa yang berbaki dapat aku manfaatkan.
Perancangan demi perancangan telah pun tersemat di dalam diari kehidupan. Tinggal lagi bagaimana kesediaan aku untuk merealisasikannya. Serta aku yakin bahawa perancangan Allah adalah yang terbaik.
Ayuh sahabat-sahabat! Kita 'all out'. Baik dalam bidang akademik mahupun kelab dan persatuan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan