Bismillah walhamdulillah..
~Ramadhan ke-7~
Ramadhan pertama sempat bersama keluarga tercinta di kampung. Pesan seorang sahabat, doakan untukku, kamu dalam musafir. Makbul doa. Aku tersenyum. 16 jam berada dalam bas. 8 jam balik dari Kelantan dan 8 jam pulang ke UIAM. Hal ini sudah menjadi kebiasaan bagi anak-anak yang berada di perantauan yang berasal dari Kelantan dan Terengganu. Sakit-sakit belakang tak usah dicakap. Hanya berbantalkan kerusi empuk bas sudah cukup melenakan untuk sampai ke destinasi.
Ada yang menyambut Ramadhan dalam keadaan sihat walafiat. Tak kurang juga yang berada dalam kesihatan yang kurang baik. Walau apapun kewajipan ini mesti diteruskan melainkan dengan halangan2 yang telah Allah tetapkan. Dalam keadaan kesihatan yang kurang mengizinkan, waktu inilah terasa keni'matan sihat yang Allah kurniakan.
Kesihatan merupakan salah satu kurniaan Allah kepada hamba2Nya yang harus kita syukuri. Cuba bayangkan bagaimana kualiti ibadah dan muamalah kita seandainya ni'mat kesihatan itu ditarik oleh Allah S.W.t? Sudah tentu tidak sebaik kita berada dalam keadaan sihat. Oleh itu, hargailah kesihatan yang Allah kurniakan dengan melakukan sebaik mungkin amalan2 sunat mahupun wajib mahupun interaksi sesama manusia.
....Dan jika kamu menghitung ni'mat Allah, niscaya kamu tidak akan mampu menghitungnya.....(Ibrahim:34)
Begitu lah Allah mengkhabarkan kepada hamba2Nya akan ni'mat yang dikurniakan kpd manusia. Tinggal lagi bagaimana kita menyedari akan ni'matNya yang wujud disekeliling kita. Contoh mudah, udara, oksigen yang tak perlu satu sen pun perlu kita keluarkan.
Semoga kita tergolong dalam kalangan hamba-hambaNya yang bersyukur dengan ni'matNya dan dijauhkan dari golongan yang kufur akan ni'matnya sebagaimana bala yang telah ditimpakan kepada umat2 yang terdahulu.
Wallahua'lam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan