Artis menjadi sebutan ramai melebihi pemimpin sesebuah Negara. Apatah lagi nama-nama tokoh yang wajar dijadikan contoh. Salman khan, Datuk Shah Rukh Khan, 2PM, Wonder Girls, Lady Gaga, Avril Lavigne, Ungu, Hujan, Datuk Siti Nurhaliza dan ramai lagi. Sekiranya menyebut nama-nama ini, semua peringkat masyarakat akan mengenali mereka sama ada di peringkat nasional atau pun di peringkat antarabangsa. Akan tetapi, aku melihat masyarakat lebih menyanjungi artis berbanding tokoh-tokoh akademik atau pemimpin terkemuka.
Faktor
Aku melihat permasalahan ini dari sudut promosi media yang rancak mempromosikan pelbagai genre muzik dalam industri seni muzik yang pelbagai. Contohnya, R&B, Pop rock, K-Pop, Jazz, Ballet dan sebagainya. Media elektronik dan media cetak rancak mengetengahkan artis-artis baru sama ada dalam mahu pun luar Negara. Rancangan-rancangan realiti yang berbentuk hiburan semakin bertambah. Mentor, Akademi Fantasia, Gangstarz dan sebagainya. Carta-carta lagu baru dimuat turunkan dalam radio dan televisyen untuk diundi oleh orang ramai. Lagu yang paling banyak undiannya dijadikan juara carta. Hal ini begitu menular dalam kalangan masyarakat kita di Malaysia. Seolah-olah ada pihak yang menjadi tulang belakang terhadap promosi industri seni hiburan secara besar-besaran. Fakulti-fakulti seni tarian, nyanyian dan lakonan semakin bertambah. Semakin hari masyarakat Melayu Islam semakin menjauhi Islam. Apa yang menjadi garis panduan Islam dilanggar. Kononnya mengikut arus perdana, maka timbullah hujah-hujah yang ingin membenarkan apa yang dilakukan. Barat boleh buat. Kenapa masyarakat kita tak boleh buat. Sehingga menghalalkan yang haram di sisi syara’. Begitu juga kebanjiran artis-artis luar negara yang begitu ghairah memasuki pasaran Malaysia. Budaya-budaya mereka yang bertentangan dengan prinsip adat Melayu menular ke dalam masyarakat kita. Gadis-gadis Melayu yang bertudung bebas bergambar dan mendekati artis-artis yang diminati tanpa segan silu. Ada juga dalam kalangan pelajar ipt. Bukankah tugas para intelektual adalah untuk memikirkan situasi-situasi semasa yang berlaku, menganalisis dan mencari penyelesaian terhadap permasalahan-permasalahan yang melanda umat Islam. Sekiranya ada golongan ini, maka ummat Islam akan menjadi tunjang kekuatan ummat Islam. Kekuatan dan kelebihan setiap orang dimanfaatkan untuk kepentingan Islam.
Kesimpulan
Walau di mana umat Islam berada, dia bertanggungjawab menyebarkan dan mengamalkan ajaran agama Islam. Manfaatkan setiap lapangan walau lapangan mana anda berada. Jangan kita lupa musuh-musuh Islam senantiasa menunggu akan kejatuhan umat Islam. Mereka telah membuat serangan demi serangan tanpa umat Islam sedari; melalui entertainment, food dan fashion. Ternyata umat Islam terpengaruh dengan serangan-serangan mereka. Semoga dalam perlindungan Allah selalu. wallahua'lam..
upss...saya terasa.... hehe
BalasPadammujur belajar history..dapat mengenal tokoh reformist dunia....huhu
nice entry....!!!