Ahad, 28 Ogos 2011

Ya Allah,

Disaat aku ketandusan ilmu,

Hidupku tak menentu.

Disaat aku jauh dariMu,

Aku menjadi tak keruan.

Disaat aku diam seribu bahasa,

Aku sedang mengoreksi diriku,

Apakah aku mampu mengucap syahadah disaat pengakhiran hidupku.


Ya Allah,

Jadikan aku hamba yang sentiasa mengingatiMu dikala senang dan susahku,

Jadikan aku hamba yang sentiasa merintih kepadaMu,

Jadikan aku hamba yang sentiasa dekat denganMu.

Kerana aku tenang apabila mengingatiMu.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan