Bismillah walhamdulillah...
Sahabatku, hargailah temanmu, sahabatmu, selagi mana dia masih berada di sisi. Ini kerana hubungan ini tidak lama. Selepas ini, kita tidak akan cipta lagi kenangan sebagaimana kita berada di alam pengajian.
Rasulullah juga ada bersabda "tidak beriman seseorang kamu melainkan kamu mencintai saudaramu sebagaimana kamu mencintai dirimu sendiri." Bagaimana kita menyayangi diri kita, begitulah seharusnya kita menyayangi saudara kita.
Ya Allah, sangat gembira sekiranya persaudaraan kaum Muhajirin dan Ansar sewaktu penghijrahan Rasulullah ke Madinah dapat kita aplikasikan dalam kehidupan kita pada hari ini.
Sahabatku, kita boleh untuk menegur dan menasihati seseorang, bahkan itu yang dianjurkan oleh Islam. Akan tetapi, hal tersebut mempunyai peringkat dan cara2nya.
Akan tetapi, harus diingat juga, apabila orang melayan kita dalam keadaan buruk, cuba kita lihat bagaimana kita melayan orang yang terdekat dengan kita dan orang lain. Hubungan kita dengan manusia tidak akan terlepas hinggalah ke akhirat.
Pernah aku dengar dalam kuliyah semasa berada di Pondok Pasir Tumboh dahulu, di akhirat kelak, akan ada proses mendakwa antara manusia. Ya Allah, rahmatilah kehidupan kami umat akhir zaman ini ya Allah.
Oleh itu, perbaikilah hubungan kita sesama manusia. Yang paling utama, jaga hubungan dengan Allah. Only then, hubungan kita dengan manusia akan menjadi baik.
Wallahua'lam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan