Isnin, 20 Disember 2010

TRANSFORMASI DIRI..

Bismillahirrahmanirrahim..

Semester baru menjengah lagi. Semester ini juga merupakan permulaan tahun hijrah yang baru iaitu 1432 H dan tinggal beberapa hari saja lagi tahun 2011 bakal menjelma. Persoalannya, apakah transformasi diri yang ingin aku lakukan sepanjang tahun ini? Hijrah itu sendiri memberi pelbagai pengertian. Akan tetapi pokok pangkalnya, hijrah adalah transformasi dari baik untuk menjadi lebih baik. Strateginya, terpulang kepada diri masing-masing untuk merangka perancangan melangkah ke arah kebaikan dan kecemerlangan. Mudah-mudahan perubahan yang ingin aku lakukan akan memberi kebaikan kepada Islam dan ummah amnya.

Jom sama2 lakukan transformasi untuk kebaikan ummah!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan