Ahad, 26 September 2010

Bismillahirrahmanirrahim...

Setelah lama aku menyepikan diri dalam laman ini, terdetik di hati sudah lama aku tidak menulis di sini, meluahkan pandangan, perasaan dan sebagainya. Aku sedar tandusnya ideaku untuk menulis di sini adalah kerana kurangnya pembacaanku tentang karya-karya terbaru. Betapa pembacaan teramat penting dalam kehidupanku untuk mengembangkan pemikiran dan meluaskan pandangan. Aku berasa kekosongan, ketandusan pandangan jika aku tidak membaca. Subhanallah..wahyu pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w adalah surah Al-'alaq yang menekankan perihal membaca. Surah ini mempunyai makna yang begitu signifikan dan sangat dekat dengan fitrah kita sebagai manusia. Begitulah indahnya Islam. Setiap perkara begitu dekat dengan fitrah manusia. Peringatan untuk diriku sendiri.

Wallahua'lam.

2 ulasan:

  1. Kalau kita dengar orang cakap juga boleh petik idea itu jadikan bahan penulisan..

    Terus menulis, Humaira.

    BalasPadam