Ahad, 15 Ogos 2010

sex education..wajarkah???

Bismillah....

Dalam akhbar online hari ni aku terbaca tentang implementasi pelajaran seks di sekolah. Ada yang menyokong tak kurang juga yang menentang. Tetapi, bagiku, aku lebih suka mengambil pendekatan yang rasional. Hal ini juga ada dibincangkan dalam kelasku. Cuba kita kaji sejauh mana keberkesanan pelajaran ini sebagaimana yang telah dipraktikkan di negara-negara barat?Bukankah penting kita mempelajari sesuatu berdasarkan pengalaman dari negara lain.. Seterusnya, ku kira dengan adanya pelajaran ini di sekolah, maka pelajar2 akan lebih berkecenderungan untuk mencuba. Bukankah dari segi psikologi, kecenderungan untuk mencuba sesuatu yang baru adalah lebih tinggi dalam kalangan kanak2 dan remaja.

Apa yang dapat ku konklusikan, untuk mengelakkan gejala seks bebas yang berlaku sekarang adalah melalui pencegahan. Pencegahan di sini bukan bermakna kita memberi kondom secara percuma, hal ini semakin menggalakkan seks bebas sebenarnya. Cuba bayangkan seorang pencuri yang ingin mencuri rumah orang kaya, tiba2 orang kaya tersebut membuka pintu untuknya. Nescaya, semakin ramailah yang datang utk mencuri.

Apa yang perlu dilaksanakan adalah penguatkuasaan undang2 itu sendiri. Dari sini lah kita dapat mencegah hal2 ini drpd berlaku. Diharapkan negara kita dapat mengembalikan keutuhan sistem undang2 dan kehakiman negara yang ideal.

-justice for all-

Wallahua'lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan