Bismillahirrahmanirrahim...
Allah berfirman kpd Nabi Daud,
" Wahai Daud! Sesungguhnya kami sudah jadikan kamu khalifah (pemerintah) di bumi, maka hukumlah manusia dengan adil dan janganlah kamu ikut hawa nafsu, nanti kamu sesat daripada jalan Allah. Sesungguhnya sesiapa yang sesat daripada jalan Allah bagi mereka azab yang keras dengan sebab mereka melupakan hari perhitungan." (sad : 26)
Allah menceritakan ucapan Nabi Sulaiman,
" Berkatalah (Sulaiman), ini sebahagian daripada kurnia Tuhanku, Dia hendak mengujiku, adakah aku bersyukur kepada nikmatnya atau aku kufur. Maka sesiapa yang bersyukur maka sesungguhnya dia bersyukur untuk kebaikan dirinya sendiri dan sesiapa yang kufur maka sesungguhnya Allah itu Maha kaya lagi Maha mulia."
Sufian bin Abdullah meminta Nabi Muhammad menjawab,
"Nyatakan kepada saya berkenaan Islam sehingga tidak perlu lagi saya bertanyakan orang lain."
Nabi Muhammad menjawab, "katakanlah, 'Aku beriman kepada Allah.' Kemudian konsisten."
Sedang aku membaca buku karangan Tuan Guru Haji Hadi, Islam dan Demokrasi, aku tertarik dengan tajuk post blog aku kali ini. KONSISTEN. Iaitu teguh dan tegas dalam perkarayang melibatkan prinsip aqidah, syariat dan akhlak. Tidak melampau dan tidak mundur, tetapi sederhana.
Contoh dan teladan di atas lah yang ingin kita contohi. Para rasul dan para anbiya'. Tidak mengikut hawa nafsu dan bersyukur dengan segala yang kita punyai.
Wallahua'lam..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan