Isnin, 1 Mac 2010

TOK AYAH...

Dengan nama Allah yg Maha pengasih dan Maha penyayang...

Beberapa hari yang lepas aku dalam dilema sama ada ingin balik ke Kelantan atau tidak. Bertembung dengan 3 test minggu ini di samping perarakan maulid Rasulullah S.A.W, aku menjadi serba salah utk pulang. Dah la cuti mid semester baru2 ini aku korbankan. Sekarang lah masanya utk melepaskan kerinduan kepada adik2 dan ma n abah. Dan tujuan utamaku adalah menjenguk atukku yang agak tenat. Sekarang berada di hospital. Atukku yang dahulunya seorang yg ceria telah menjadi seorang yg muram. Nampak dari riak wajahnya bahawa beliau sedang menanggung kesakitan. 'Ko urut ko bekok', demikian kata nenekku dalam dialek kelantan. Makin diurut makin membengkak seluruh bahagian tubuhnya kerana dipenuhi air. Doktor juga tidak dapat mengenal pasti apa penyakit sebenarnya. Aku berdoa mudah2an atukku diberi kekuatan oleh Allah untuk mengharungi saat2 ini. Tiada apa yang dapat ku ucapkan semasa bertemu dgnnya kerana ku tahu bahawa beliau sedang menanggung kesakitan. MOHON SEMUA MENDOAKAN UNTUK KESIHATANNYA.

WALLAHUA'LAM.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan