Bismillah...
Selama dua hari aku telah ikuti kursus pra-perkahwinan di Main Auditorium Uiam. Apa yang aku dapat dari kursus ini ialah tentang kepentingan pendidikan seks. Sepanjang kursus tersebut pihak JAIS telah mendedahkan tentang isu2 semasa yang berlaku. Contohnya, meningkatnya kelahiran anak luar nikah, seks bebas dalam kalangan orang Melayu Islam, peningkatan jumlah pondan di Malaysia dan peningkatan kes murtad. Kerap kali aku mendengar keluhan ibu bapa bahawa amat susah untuk mendidik anak2 pada zaman ini. Ini baru zaman 2010. Apabila tiba zaman aku, entah macam mana keadaan masyarakat pada waktu tersebut. Memikirkan tarbiyah diri masih lagi kurang. Bagaimana aku dapat mentarbiyah anak2 ku nanti.
WALLAHUA'LAM.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan