Ahad, 28 Mac 2010

Bismillah walhamdulillah...

Akhirnya dapat juga 'connect' internet dalam teratakku ini. Idea banyak sekali di kepala tapi nak menulis tu tak de kesempatan..huhu... sibuk mengalahkan menteri besar...

Baru2 ini aku ke pesta buku antarabangsa PWTC. Meriah... pelbagai nama syarikat buku ada. Tema atau genre buku yang aku beli pelbagai. Ada yang berbentuk haraki, motivasi dan persediaan seorang ibu. Entah kenapa aku tertarik dengan buku2 berbentuk keibuan ni. Tapi dah sememangnya itu tanggungjawabku...

Dalam sibuk menghadapi musim 'final exam' ni, aku sempat menghabiskan beberapa buah buku. Antaranya, 'Ilmu Pengaruh Bukan Jampi Tetapi Seni', karangan saudara Syahrul Nizam Junaini, 'Nota Hati Seorang Lelaki', karangan saudara Pahrol Mohd Juoi' dan 'Berapa Harga Segulung Ijazah', karya Dr. Kamariah Kamaruddin.

Ketiga-tiga buku tersebut memberikan inspirasi dan motivasi kepadaku sebagai seorang mahasiswa, anak, sahabat, daie dan wanita. Dari pembacaan ini aku sedar betapa pentingnya motivasi dalam hidup kita untuk meneruskan perjalanan hidup. Sekiranya Nabi Muhammad s.a.w dimotivasikan dengan wahyu dari Allah apa salahnya aku mengutip permata-permata dan ilmu-ilmu dari penulis-penulis yang mendalami bidang-bidang tertentu untuk ku jadikan panduan dalam hidupku. Oleh itu, sidang pembaca sekalian, PEMBACAAN amat penting dalam kehidupan seharian kita. Di sinilah kita dapat mempelajari pengalaman-pengalaman yang telah dilalui penulis dan sebagai bekalan kita untuk berdepan dengan mad'u daripada perkongsian tersebut.

Wallahua'lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan