Ahad, 24 Januari 2010

WASIAT TERAKHIR RASULULLAH S.A.W

  • Sesungguhnya darah kamu, harta benda kamu dan kehormatan diri kamu tlh terpelihara (diharamkan) sebagaimana diharamkan hari ini, bulan ini dan bandar ini (Makkah dan kwsn sekitarnya).
  • Sesiapa yg memegang amanah, maka dia hendaklah mengembalikan amanah tersebut kpd tuan punyanya.
  • Ingatlah! Segala amalan jahiliyyah telah berada di tapak kakiku (iaitu telah dihapuskan).
  • Tuntutan hutang darah di zaman jahiliyyah (sebelum Islam) telah diampunkan. Tuntutan darah pertama yg aku batalkan adalah darah Ibnu Rabi'ah bin Al-Haris yg disusukan oleh Bani Saad kemudian telah dibunuh oleh Huzail.
  • Riba adalah haram dan aku memulainya dgn m'batalkan riba yg akan diterima oleh Abbas bin Abdul Muttalib. Sesungguhnya ia dihapuskan keseluruhannya.
  • Wahai manusia! Takutilah Allah SWT di dalam urusan yg b'kaitan dgn wanita. Sesungguhnya kamu tlh mengambil mereka sbg amanah drpd Allah SWT dan mereka tlh dihalalkan kpd kamu dgan kalimat ALLAH. Wajib ke ats mereka utk m'jaga kehormatan kamu dan m'jaga diri drpd melakukan p'buatan buruk, jika mereka lakukannya maka kamu berhak utk m'hukum mereka, tetapi bukanlah dgn pukulan yg m'cederakan. Jika isteri2 kamu setia dan jujur t'hdpmu, maka wajib ke ats kamu m'jaga makan pakai dgn baik.
  • Semua org mukmin adalah b'saudara, oleh itu tidak halal bagi seseorang muslim mengambil harta org lain kecuali setelah m'dpt kebenaran drpd tuannya.
  • Jangan kamu kembali kpd kafir selepas pemergianku, di mana sebahagian drpd kamu memerangi sebahagian yg lain. Aku tlh tinggalkan utk kamu suatu panduan, jika kamu b'pegang teguh dgn ajarannya, maka kamu b'pegang teguh dgn ajarannya, maka kamu tdk akan sesat selama-lamanya; KITAB ALLAH DAN SUNNAH NABINYA.
  • Wahai manusia! Sesungguhnya tidak ada lagi nabi selepasku dan tidak ada lagi umat selepas kamu. Maka aku menyeru agar kamu menyembah ALLAH SWT Tuhan kamu dan menunaikan solat lima waktu, b'puasa pd bln Ramadhan serta mengeluarkan zakat hartamu dgn kerelaan. Dan kerjakanlah haji ke rumah suci Tuhanmu (kaabah), utk itu kamu akn masuk syurga Tuhanmu.
  • Tuhan kamu adalah Esa, datuk kamu pula adalah satu, kamu semua berasal drpd Adam dan Adam tlh dijadikan drpd tanah. Org yg paling baik di kalangan kamu ialah mereka yg paling b'takwa kpd Allah. Tidak ada kelebihan bagi bangsa Arab t'hdp bangsa lain kecuali dgn takwa.
  • Allah swt telah menetapkan hak menerima pusaka kpd keluarga si mati, oleh itu tdk boleh m'buat wasiat kpd penerima pusaka. Sesungguhnya laknat Allah ke atas sesiapa yg mengaku sbg bapa kpd bkn bapanya yg sebenar, jg laknat dari para malaikat dan seluruh manusia.
  • Kemudian kamu akn disoal ttg aku, maka apa yg akan kamu jwb? Mereka m'jwb, " Kami b'saksi bahawa tuan tlh menyampaikan dan menyempurnakan risalahmu. Baginda SAW lalu mengangkat tangannya ke langit dan menurunkannya ke arah org ramai sambil b'kata, "Ya Allah! Saksikanlah." Baginda Rasulullah mengucapkannya sebanyak tiga kali. Org yg mengulang kembali ucapan Rasulullah SAW dgn kuatnya di Arafah ialah Rabi'ah bin Umayyah bin Khalaf ra."
sumber: ANIS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan