Isnin, 1 Februari 2010

KEMATIAN ITU PASTI...

Bismillah...

Alhamdulillah hari sabtu yg lepas aku berpeluang utk mengikuti kursus jenazah di Surau As-Syakirin Cheras. Berdekatan dgn rumah bapa saudaraku. Pada mulanya aku kurang berminat kerana celoteh ustaz yg terlalu panjang. Bukan salah ustaz itu, tapi kelemahan aku sendiri. Bila tiba 'part' praktikal, aku jadi makin tertarik. Rupa-rupanya tidak mudah utk menyediakan kain kapan jenazah. Siap dgn baju, kain dan tudung jenazah. Ustazah yg menceritakan pengalamannya jg pandai mencuit hati kami yg mendengar. Beliau siap berpesan, 'kalau kain kapan tu tak cukup bukan salah jenazah tu yg banyak dosa, tetapi salah kita yg x pandai membeli kain cukup ukurannya.' Banyak pengalaman yg dikongsikan oleh ustaz dan ustazah sepanjang kursus ini. Mereka mengendalikan pengurusan jenazah yg tidak ada pewaris.


Sekiranya ada lagi kursus seperti ini, insyaAllah aku ingin ikuti lagi. Sudah menjadi kewajiban kita sebagai seorang muslim utk mempelajari ilmu pengurusan jenazah. Hal ini kerana tuntutan ini lebih aula kpd ahli keluarga. Sekiranya tiada seorang pun dalam kalangan ahli keluarga kita tahu akan cara menguruskan jenazah ini, sanggupkah kita melepaskan tanggumgjawab ini kpd org yg tidak kita kenali? WALLAHUA'LAM.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan