Rabu, 21 Oktober 2009

ISLAM VS POLITEISME...

Bismillah....ku tatap lagi skrin ini pada hari ini. Aku tidak tahu kenapa setelah solat 'Isya' hatiku tergerak untuk ke perpustakaan. Tujuan ku adalah untuk mencari buku tentang agama-agama yang ada dalam dunia. Sebenarnya, aku teringat kata-kata, 'untuk mengenal kebenaran kita perlu mengenal kebatilan' begitulah lebih kurang. Daripada kata-kata ini, aku dapat konklusikan macam mana kita nak kenal agama kita yang tercinta, ISLAM, jika kita tidak cuba mengenali agama-agama lain. Dari situ, baru kita nampak di mana keindahan Islam yang sebenarnya. Kepada sesiapa yang baru ingin mengenal ISLAM, sepertiku boleh lah mengkaji agama-agama yang wujud dalam dunia ini.
Sebenarnya, hasil daripada pembacaanku, sesetengah masyarakat Islam percaya dengan kepercayaan nenek moyang. Contohnya, roh orang yang telah mati dapat kembali ke dunia untuk mengganggu ahli keluarga si mati. Jadi, untuk mengelakkan roh balik ke rumah, mereka mengadakan majlis makan diiringi dengan majlis zikir dan bacaan ayat Al-Qur'an. Hal ini amat bertentangan sama sekali dengan Islam. Hal ini kerana, roh berada di alam yang lain setelah seseorang meninggal dunia. Dalam buku tersebut dinyatakan boleh membuat majlis tersebut, kita niatkan sebagai hadiah kepada si mati.
WALLAHUA'LAM.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan