Selasa, 8 September 2009

OPTIMUMKAN PENGGUNAAN OTAK ANDA!!!

Baru aku sedar rupanya Allah mengurniakan kita dua bahagian otak yang berbeza fungsinya., iaitu otak kiri dan otak kanan. Otak kiri lebih mengakses tentang logik dan lebih rasional dalam berfikir. Manakala otak kanan lebih kepada emosi, muzik dan tidak teratur. Patut la aku tertanya-tanya kenapa orang yang banyak belajar tentang pengiraan suka mendengar muzik, rupa2nya mereka menyeimbangkan fungsi kedua2 belah otak mereka menyebabkan pembelajaran mereka lebih cemerlang.
Aku juga tertanya-tanya kenapa orang tu nampak serius. Rupa-rupanya dia menggunakan otak kiri. Sebab tu, orang yang menggunakan otak kiri lebih rasional dalam tindakan mereka, mereka berfikir dahulu sebelum membuat keputusan. Berbeza dengan orang yang lebih menggunakan otak kanan yang agak tidak teratur. Kadang2 idea mereka datang secara tiba2 yang entah dari mana sumbernya. Oleh sebab tu, mereka ni lebih banyak idea.
Pokoknya, menggunakan kedua-dua belah otak amat penting kepada manusia. Sesungguhnya Allah mengurniakan kita akal fikiran untuk kita berfikir dan memahami setiap perkara yang Dia ciptakan. Wallahu a'lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan