Sabtu, 22 Ogos 2009

Alhamdulillah, segala puji-pujian hanya bagi Allah yang Mahapengasih. Diri ini masih lagi diberikan nyawa untuk hidup pada hari pertama bulan ramadhan yang penuh dengan keberkatan ini, alhamdulillah. Di sini, ku ingin menyeru diri sendiri dan sesiapa sahaja yang menatap skrin ini agar mentarbiyah nafsu kita sebaik-baiknya pada bulan ini. Mudah-mudahan segala niat dan amalan yang baik kita pada bulan ini mendapat keredhaan Allah Ta'ala di akhirat kelak. Hanya Dia yang layak menilai sama ada puasa kita di dunia ini diterima atau pun tidak. Oleh itu, pusatkan segala niat dan amalan kita hanya kepada Allah. Mudah-mudahan Dia menerima segala amalan yang kita lakukan melalui mujahadah nafsu yang berterusan. Moga2 kita tidak menjadi hamba kepada nafsu, bahkan hamba kepada PENCIPTA yang Mahabijaksana. Wallahua'lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan